26 January 2015

INFO : Doa Pengasih

Assalamualaikum...

Agak drama tajuk di atas, sebab tak tahu nak letak tajuk apa sesuai. Mata dah mengantuk sungguh, tapi gagah juga menulis kerana sudah di amanahkan untuk bertanya. 

.......>> Ini cerita hujung minggu <<...........

"Mama, ada doa pengasih tak?"

Dengan mata besar "Siapa nak? Untuk apa? Ada masalah apa?"

Adui..macam mana nak cakap. Orang bertanya tak bagi buka cerita.

"Nak bagi kawan. Ada isu sket dgn suami. Kawan sorang lagi mintak. Nak mudahkan jodoh". 

"Suruh jumpa mama kat masjid negara". 

"Ala mama....kawan kerja. Sian dia".

Mata makin besar. Anak mata dah jadi ala-ala James Bond.

"Irina gaduh dengan Hasif ke?"

"Eh tak lah. Untuk kawan. Sungguh".

"Pergi ambil kertas"... .. FUH!!

-----------------------------------------------------------------------------------------

Saja nak cerita kisah di atas, nak tunjuk dah tanya dah..lambat je menulis. Nak bagitahu juga silalah belanja makan Harrods. KLCC level 1. Hahahaa.

Ok. Mama cakap CUBA amalkan ini:

1 - Istighfar 1000x


2 - Ayat Qursi


3 - Surah Alam Nasyrah


4 - Fatihah - sampai habis ayat ke 5,doalah apa hajat dalam hati dan hembus dengan hidung ke tengkuk orang tu. Kalau jauh, tak payah la nak hembus. Doa je.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan
Amalkan, usaha dan yakin pada Allah. Soal hati: suka, benci, marah semua hak Dia. Perkara yang kita rasa cantik, mungkin dijauhkan sebab mungkin perkara itu tidak elok untuk kita sebenarnya. Atau Allah saja bagi ujian kesusahan sebab nak dengar kita menangis lagi dan dekat dengan Dia dan bagi kita peluang cari pahala lebih bila kita sabar. Yang penting : USAHA dan YAKIN pada Allah.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.