24 January 2017

Bila Mak Turun ke Kelas

Assalamualaikum...


Rutin awal tahun kitorg sejak Imani masuk sekolah rendah adalah sangat banyak (sama je kan kita mak pak ni kalau ada anak sekolah); dari pendaftaran, sediakan peralatan sehinggalah menyibuk pastikan kelas cantik dan selesa.

Apa maksud pastikan kelas cantik dan selesa? Bukan cikgu kelas ke yang kena buat?

Itulah bezanya. Bagus sekolah Imani ni, dia ajak parents dan cikgu dok sekali. Dari 3 tahun lepas, memang banyak parents join aktiviti, sampai satu tahap, parents yang run dan organize semua. Cikgu bagi cadangan dan tunjuk2 je. Dan sekolah sekarang ni bukan banyak peruntukan sangat pun. Inisiatif parents kumpul duit sumbangan sesama sendiri, beli barang apa2 patut dan buat. Mana2 yang tak mampu bagi duit, datang pada hari kejadian, sumbanglah tenaga.

Jadi hari ni, dah masuk bulan kedua baru berkesempatan nak tengok kelas Imani. Dahlah paling tinggi, patutla si keding ni asal balik rumah je kena semput, mak pak dia rasa nak pengsan kot panjat tangga tu.

Kelas Imani kali ni kongsi dengan Darjah 5. Tak la teruk sangat, sebab cikgu dah mula buat untuk Alat Batuan Mengajar di dinding. Tinggal dinding macam tapak sulaiman (sampai sekarang kagum ada tapak kasut di dinding dan siling..tsk tsk) , tak ada tempat solat dan buku2 susun atas meja je.

So malam semalam, angkut Imani pergi Aeon kita beli la benda2 yang sepatutnya. Dapatlah rak yang alhamdulillah tengah promotion.

Nampak tak somi sexy I? Hahahahahah. Sepanjang naik tangga 4 tingkat dia membebel sebab kena angkut 3 rak. Imani, Harith, Hanif sume kitorang bawak skali. Sket lagi nak bawak bibik boleh tolong cuci tingkap. Nasib bibik cakap dia sakit perut (eleh bibik.......padahal malas kan..huh).

Cuma betullah, komitment ni bila anak makin besar dah kurang. Masa Imani darjah 1, almost 90% parents datang. Bila darjah 3 nie, 9% je tinggal. Itulah yang membeli barang, mengangkut dan memberi idea. Dan kagum, dorang ni bukan calang2 orang, ada 1 tu radiologist, ada yang engineer, ada yang baru turun kapal terus datang sekolah .. pilot rasa (sebab hensem..hahah). Insaf. Komited sungguh dorang ni.

Saya perasan gak, parents yang datang ni anak2 dorang mostly scorer (sila jangan tanya pasal Imani). Periksa top 30 last year (darjah 2 ada 450 orang i.e. 12 kelas), samada pengawas sekolah atau pengawas apa2, dan masuk juga koko dan alhamdulillah score plak dalam aktiviti koko i.e. johan itu ini. Maksudnya? entahlah. Mungkin kalau kita ikhlas dalam apa juga perkara, memudahkan urusan cikgu terutamanya, ilmu itu lebih berkat. Mungkin. Saya harap ye. 

So..dari jam 9AM ke 5PM...dengan tenaga limited..inilah hasilnya..


Belum 100% sebab kerja mengecat ni lama, kena buat 2 layer. Dan ruang bacaan tu, skirting tailor tak siap jahit lagi, so nampaklah kaki meja seketul2. Sekurang2nya tempat solat dah ada, almari buku dah sempurna, dan hiasan dinding simple. Cat selesai separuh kelas, minggu depan kita sambung lagi separuh.

Kelas ni tak boleh balut meja atau hiasan yang melampau sebab digunakan untuk peperiksaan UPSR. Kalau tahun lepas memang habis poyo jadi....siap lapik tikar seluruh kelas, built in cabinet untuk buku2, cat, langsir dan meja balut. Apapun...puas hati.

So Imani, if you were reading this NOW, we have spent our precious family time to improve the appearance of your class. Jadi sila belajar jadi orang. Tak apa tak periksa no.1, pastikan peratus tak kurang 99%. Tak apa tak duduk kelas 1 jadi kuranglah peluang wakil sekolah, pastikan wakil negeri atau negara terus untuk karate yang kakak masuk sekarang. Tak apa penat turun naik tangga asik kena buat kerja sebagai pengawas, mama dah sediakan mesin nebulizer kat rumah bila2 masa kakak rasa semput. Yang penting, kakak belajar jadi berani, belajar hormat orang, belajar buat keputusan sebaiknya. Am I expecting too much from you? Yes kakak, I do. Because I Love You, and I want you to discover your potential to the maximum. And by having that, you will better appreciating what life could offer you.

No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.