5 January 2017

Dangal

Assalamualaikum...


En. Somi memang suka tengok wayang. Isteri dia plak, lebih suka baca buku sebab kalau teman somi, memang cerita semua jenis kena fikir. Series penat otak. Jadi selalu, dia akan layan sorang2 gie movie dan akan ajak kalau ada cerita cinta atau kartun sahaja. Haha.

Kebetulan semalam dapat 2 tiket free TGV. Rezeki plak cuti panjang. Jadi kita bawak anak bibik balik umah MIL, selepas rasuah dengan buku dan permainan dan makanan yang banyak, terus keluar dating.

Sampai di Mines, bila tanya nak tengok cerita apa, dipilih plak cerita hindustan. Adei, series tak masuk. Sepanjang hidup 1x je tengok hindi kat wayang.Itupun sebab masa tu nak impressed pakwe tak jadi. Yang sampai sekarang rasanya orang tu pun tak tahu yang awek sebelah dia tidur separuh cerita masa tu. Series tak boleh g.

Tapi kali ni...memang betul2 layan dengan cerita Dangal ni. Pasal ayah dan anak. Pasal trust yang WAJIB ada dalam setiap perhubungan. Dan paling penting rasa diri sendiri dah tua sebab boleh nangis dalam wayang.

Sedih beb. Series. Tapi rasanya, mostly sebab rindu abah. Sob sob.

Abah...

Kalau abah ada lagi mesti bangga tengok anak bongsu dia dah jadi besar bagai juara. Menantu pun besar macam tembok cina. Anak2 pun tak tahu la kenapa semua besar2 gak.

Rindu abah. Sangat. Al Fatihah.





 

No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.