29 January 2017

Tok Cik

Assalamualaikum..

Masa memula kawen, memang kejutan budaya. Satu: sebab tak kenal keluarga mentua. Dua: sebab mak meninggal awal, tak sempat ajar cara nak layan orang tua (haha). Tiga: kakak2 manjakan sangat, sampai satu benda take tahu nak buat. Semua pembantu rumah tolong sedia. Sekali dah kawin, amek kaw. Memang nak nangis.



Tok Cik ni plak suri rumah yang suka masak. Semua benda dia masak sendiri. Pernah masa mula2 kawin, I goreng telur, Tok Cik tolong hidang kat meja makan. 2hari 2malam Hasif cerita telur makcik goreng sedap. Helloooooooooooooo!!!!! Huh. Nampak tak dia punya taksub kat Tok Cik dia nie. Hish.

Bila dah ada anak plak, cahaya keinsafan datang bagi salam. Pelan2 belajar masak dan belasah je la apa ada. Bila Imani dah pandai cakap, dia yang jadi tukang report. Contohnya hari ni Tok Cik call tanya, makan apa hari ni? Imani jawab : Mama buat Kek Coklat. Sedap Tok Cik.

Tak yah tunggu lama2...esok mesti Tok Cik call, suh datang rumah. Bila sampai, nampaklah Kek Coklat baru buat. Sambil bagi makan, mesti tanya, sedap tak tok cik masak? Mana lagi sedap, Mama buat ke Tok Cik? 

Esok jadi lagi, I masak kari plak. Lusa ada kari gak kat rumah Tok Cik. Hahahahah. Benda sama still jadi, sampai la ni anak dah 3. 

Am i hurting? No.

Itulah. Nak kongsi. Kalau peristiwa di atas dilihat dari persepsi yang lain, mungkin antara penyebab sakit hati menantu / mertua. Menantu akan rasa semua benda dia buat salah. Mertua akan rasa, menantu tak nak rasa apa dia buat. Tak hargai.

Sebenarnya, mudah je. Mertua buat macam tu sebab dia tak nak rasa kehilangan anak dia dah ada keluarga baru. Dia nak menantu tahu dia masih part of the family yang patut dihormati. Dan bila dia tanya dengan cucu sapa masak lagi sedap, jangan lah kecil hati. Itu cucu dia. Dia tahu cucu tu hak anak dia, jadi dia seboleh mungkin nak cari satu perkara yang boleh mengikatkan cucu tu pada dia. 

Dan sebagai isteri, satu yang pernah disampaikan pada I, suami tetap anak mak dia sampai bila2. Sedap mana kita masak (walaupun memang tak sedap), tangan mak sendiri (atau in this case, mak yang besarkan) akan lebih sedap. Janganlah sentap dan nak buat suami hak kita semata. Sampai bila2, dia tetap anak mak dia.

Cuma, nak mudahkan kehidupan, belajar tengok dari persepsi berbeza. Agak2 nak terasa hati, take a step back, cuba rasional kan kenapa dia buat macam tu. Kitorang pernah je kena marah sebab marah cucu dia @ anak kitorang. Pernah je Tok Cik tiba2 datang rumah sebab anak cakap dia lapar. Tok Cik pun bawakkan makanan pelbagai, padahal mak dia kat rumah dah habis kuak lentang masak nasi berlauk. 

Itu je. I confirm bukan menantu pilihan. Satu lemari kat umah Tok Cik isi tupperware..conningware..semua jenis ware pun dia dah wasiat bagi pada Imani cucu dia .. bukan mama Imani.

Tapi I tahu, sampai la ni, kalau nak makan apa2..baru bunyi sket, confirm tak malam yang sama paling lambat pun keesokan hari akan ada hidangan tu. 

Rahsia dia? Jangan ambil anak dia. 

No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.