Assalamualaikum...
Malam tadi baru sempat balut semua buku teks SK Imani. Punca, buku teks dapat hancur, memang tak boleh ditolong.Bukan setakat conteng - kalau conteng padam je lah, ini muka surat koyak, hilang, isi tercabut dari kulit. Bila Imani tukar, dapat yang lebih teruk. Cover cantik tapi dalam muka surat banyak dah hilang. Lagi horror...luar tajuk BI...dalam isi Sains dan BA *nangis*.
![]() |
| Antara yang boleh diterima. Ini masih boleh selotep. Yang lain lebih teruk dari ni. |
Malas nak pening kepala, Hasif ajak beli baru je.Rancangannya, lepas habis tahun ni boleh bagi je kat sekolah. So semalam lepas balik dari hospital tengok mama, kitorang lari sat ke Pustaka, beli semua yang wajib.
Rupanya tidak mahal sangat Buku Teks ni. Tapi kenapa ada kes macam ni. Kesian penerima buku. So, kitorang belek2 la & try digest kenapa jadi. Ini memang rasa nak membebel :
1 - Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) - Terima kasih sebab bagi Buku Teks percuma pada pelajar. Bagus sangat usaha ni. Banyak membantu. Kalau boleh, perhatikan juga mutu buku teks tu. Yang koyak ni, sebab jilid tengah2 tu tak kemas. Jenis yang sekali tarik memang koyak. Cermat macam mana pun, ini jenis buku yang sensitif. Bila kena dekat anak2 yang tengah lasak, insyaAllah barai. Kalau nak bagi free, pastikan lah ikhlas betul. Jangan tangkap muat kualiti. Sila lah tengok balik syarikat pengeluar, mohon jilid sempurna buku2 ni.
2 - Cikgu SPBT - terima kasih buat coding bagai, no.perolehan, rekod. Banyak tu kerja. Dahlah kena ngajar lagi, kena buat kerja admin plak *face palm*. Akhir tahun nanti, kalau sempat check la satu2 buku yang dipulangkan. Tapi memang macam mustahil nak buat sendiri sebab banyak kot. Mungkin boleh ajak anak murid yang dah berakal sket. Supaya buku yang diterima elok. Dan kalau tak elok, suruh mak pak tu ganti masa tu. Sebab kalau dibiarkan je, kesian anak murid tahun depan. Nampak kecik tugas cikgu jaga buku teks ni, tapi amanah tu besar.
3 - Akhir skali mak bapak - ini letak last sekali sebab banyak tanggungjawab sebenarnya. Bila anak dapat buku teks, balut lah elok2. Dijaga. Janganlah sebab buku tu percuma, main belasah je. Akhir tahun tu hagak2 buku tu dah hancur, ganti la yang baru. Jangan ambil mudah fotostat tampal pakai gam celah2 buku. Selotep muka surat depan ke belakang kunun2 nak kasi kekal, macam mana nak bukak buku tu nanti? Tahu ada muka surat memang dah hilang, ada plak buat tak tahu, hantar je. Sambil dalam hati doa cikgu tak perasan.
Look : apa yang kita buat sekarang ni, every single thing has its consequences. Tak sekarang akhirat nanti. Korang bayanglah, daripada kena ganti buku yang tak seberapa harga, korang biar je buku tu yang rosak2 dipulangkan. Yang dapat nanti, kalau mak pak jenis ada duit bolehlah beli baru, kalau jenis yang memang tak mampu, sampai betul hati korang biar budak2 tu guna? Sebab apa.. sebab yang kena nanti bukan anak2 korang so ok lah? Please don't do this. Stop the attitude. Allah tahu kot. Niat baik insyaAllah dibalas baik. Kalau korang pilih nak buat tak tahu padahal anak2 korang memang rajin baca buku tu sampai koyak, percayalah Allah akan balas. Tak sekarang pada korang, nanti2 pada anak2 korang.
Jangan esok tetiba confuse, kenapa rezeki susah nak dapat. Jangan fefeling mengeluh kesah hidup susah padahal dah solat tonggang terbalik lengkap. Benda asas tak jaga.
Itu je. Peringatan untuk diri sendiri. Moga tak lupa.


No comments:
Post a Comment