19 January 2017

Ke Penang Kita



Assalamualaikum...

Bulan ni, kitorang jalan lagi. Menyantuni kenduri kahwin pakcik di Penang, alang-alang, kita buat food trip. It's Penang. Makan sampai pengsan . Kenduri sabtu, tapi sebab tak nak kelam kabut, kena gerak awal i.e. Jumaat. Itupun tak awal sangat sebab memasing kerja.

Lepas zuhur gerak. Muka memasing dah jadik belacan sebab tunggu lama.

Masuk kereta tak sampai 5 minit..dah tidur. Gaya tak leh kalah, macam naik flight.
My handsome Hasif. wahahahahha.
Gerak 2 kereta, dan bawak sekali ibu terchenta dan bestfriend ibu i.e. kakak dia @ mak we kitorang. Kalau dah bawak ibu dan makcik ni, maksudnya kena lah singgah rumah anak mak we di Sungai Petani. Singgah? adeh...Bayan Lepas ke SP bukan singgah dah sebenarnya. Tapi layankan je.

1st stop : Pak Mat Bihun Sup. Memang sedap. Dan owner kitorang puji, call terus angkat, siap bagi direction. Saya bagi 5 bintang pakcik.

Nampak tak muka dorang ni. Buat malu je. Kedai ni tepi bendang, malam pulak tu, jadi standard la ada unggas dan pelbagai serangga terbang. Dari mula masuk kedai dah terlompat2. Nampak tak muka budak comel baju kotak2 sebelah kiri tu? Siap jerit jangan pegang meja, ada binatang beracun, nanti meninggal dunia. Ko rasa?

Lepas makan malam...kitorang stay SP, umah sepupu. Gambar tak sempat snap. Hujan. Ngantuk.

Pagi2 esoknya sesudah Subuh, gerak ke Bayan Lepas. Dua jam perjalanan, perut lapar rasa nak tumbuk orang. Tunggu pengantin plak tak sampai2, stuck kat jammed ada lori terbalik. Jadi, kitorang keluar dulu cari sarapan. Ke Makbul Restoran kita.
2nd stop : Makbul Restoran. Anak2 dara. Mana ntah pergi tudung memasing. Dah tu, tak nak duduk meja sama2, sebab nak buat travelog, dorang kena ada video dan space memasing *poyo*
Makan di Penang, selepas jam 10 roti tak ada. Janganlah mengada nak order please. Makan la briyani yang berlambak tu.


Perut dah selambak kenyang, baru ke Masjid untuk nikah dan bertandang kemudiannya. 
Congrates Pakcik Jeffri Ramli & Makcik Aslina. Nasib lah korang dapat anak2 sedara yang baik macam kitorang. Actually gambar ni nak focus kat ibu kitorang yang cun tengah2 tu. InsyaAllah next ibu, kawen dengan Sultan Kelantan. Hahahahah.
I love the wedding. Its simple.

Habis Majlis Bertandang, check in plak apartment. Kitorang guna AirBnB sahaja. Mudah dan jimat banyak sebab boleh masak. Ibu plak memang tak suka duduk asing2, jadi hotel adalah direject. Kewajipan kalau gie mana2 adalah pool untuk budak2 ni. Tapi punyerla penat, serious lupa amik gambar pool yang sangat besar. Puas hati.

Bagi budak2 mandi, Hasif yang baik jaga. Kami keluar cari makanan tengahari (walaupun dah makan kat kenduri tadi). haha.



Series tak tahu kenapa senget. Hahahaha..mana ntah butang rotate. Ini 3rd stop : Nasi 7 Benua. Ada 7 jenis nasi. Kari sedap. Harga murah hokei. Kami makan ramai2, jumlah bil RM66.40 sahaja. Wajib pergi.

4th stop : Seafood Adnan di Teluk Tempoyak. Maaflah tak sempat ambil gambar *as usual*. My favorite adalah ikan bakar dia. Series sedap bakar style utara, ada kerisik sambal dia.
Dah kenyang tak hengat, balik apartment, yang besar2 tidur dulu. Budak2 main running man ntah kebende. Jam 2AM baru dorang tidur.


Last day, breakfast masak sendiri. Sebab trip kali ni tak bawak bibik, memang kena singsing (betul ke ejaan ni?) lengan masak di dapur. Alhamdulillah habis. Bukan sebab sedap...sebab lapar tak ada pilihan makanan lain.

Lepas check out, cari nasi kandar. Nak pergi Deen Maju - tutup ahad. Nak pergi Kampung Melayu - dah rasa. Kari biasa. Line Clear - oh no!!!! cukuplah pengalaman budak2 ni terlompat2 makan bihun kelmarin. So, kita pergi tempat yang agak selesa,
5th stop : Original Nasi Kandar di Pokok Ketapang. Kedai ni memula femes rasanya sebelum yang lain2 menyerlah.

Nampak tak muha Harith? Tak puas hati sebab Nenek Ibu tak bagi tambah nasi. Nasib lah bang, bukan mama tak sayang. Dah 3 pinggan kot.


Itu je la kot update Penang trip kali ni. Tak banyak tempat makan leh pergi sebab hujan dan masa memang dah book untuk kenduri kahwin. Tapi puas hati sebab kumpul dengan family. 

Sebelum balik, budak2 request ke pantai, tapi hagak2 la, Isnin sekolah kot. Jadi, kita belanja naik feri je. Hahaha.


Imani dan Hasif. Untunglah hai masih ada babah. *tsk tsk*


Until next time, jumpa lagi.






No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.