20 January 2017

What Hold The Family Together

Assalamualaikum...


Duduk2 dengan Tok Cik, kebetulan ada sepupu Tok Cik mai dari Kupang. Maka terkeluarlah (@ ter gossip) mengenai satu ustaz di kampung yang sangat bagus orangnya, tapi Allah memberi dugaan sikap anak2.

Soalan Tok Su : Awat Timah ya.. mak pak baguih.. anak2 cakar tak dan abih?
(hahahaha...hancur longat utara..ampun)

Tok Cik pun dengan mata tengok kiri kanan, nak pastikan Tok Ayah tiada di lokasi perbualan, jawab:

Yang utama adalah bersama. Sama2 makan. Sama2 solat. Sama2 membuat aktiviti keluarga. Kalau dah mak pak sibuk, baik mana pun, tak ada dok sama dengan anak2, mana nak dapat sejahtera. Wajib, 1 hari mesti ada waktu duduk makan sama2 sekali.


Dan mulut yang gatal pun jawab : mana dan Tok Cik. Bangun jam 6AM, bersilat siapkan anak2, makan, minum, hantar sekolah, g keje, balik jam 9PM. Anak2 dah siap nak tidur.

Mata bulat macam parabola, ada sket2 tukar warna merah Tok Cik cakap :

Tu la Irina, Allah bagi 24 jam tu cukup. Kalau tak cukup, tengok balik Irina solat awal waktu dak? Wat solat Dhuha dak? Bangun pagi ajak sekali solat Subuh sama2. Dua rakaat ja. Ajar Imani mandi sendiri. Ada bibik, apa lagi susah, suruh la bibik sedia bahan2, turun tinggal sheng sheng je... Balik malam, sebelum tidur bacalah muqaddam sama2. Dapat 1 muka jadi. Sabtu Ahad, makan sarapan sama2. Jangan makan selagi tak semua duduk. Lagi satu Tok Cik nak tanya ni, dari dulu Tok Cik tengok balik kerja malam, memang wajib ka semua orang. Balik la awal sikit. Anak2 kecik tak lama. Dan dan sok, depa dah besar, mak pak kebil2 nyesal.... tuttttt tutttttt tutttt

Padan muka, jawab lagi. Dari tanya apa rahsia keluarga nak sama2 makmur, Tok Cik bersyarah pasal keje.

Jadi itulah, resolusi 2017, nak balik sebelum makan malam. Mesti makan sekali sama2. Itu rahsia dia. Family who eat together, stay together.


Tak tahulah apa yang dorang ni cuba sampaikan..tetiba tergedik2 nak share sama2 minum sesama. Padahal dengan isteri tak nak la plak wat lagu ni. Huh.

Nampak tak muka si gendut baju putih tu? Gelak sebab dia baru berjaya ambil fries kakak dia, masa dia suruh kakak dia ambilkan kasut yang terjatuh bawah meja. Perangai...hish.

Inila Tok Chik kami. Muka tu lagu tu, sebab baru tegur Hasif tak bagi anak gendut ayam lagi (ketul ke 4 kot). Pastu nanti bila cucu gemok marah mak pak tak control. adeh.





No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.