Assalamualaikum...
Kita tidak boleh faham mereka. Sebab kita tiada dalam kumpulan itu. Memiliki suami seorang aktivis masyarakat, ayah yang masa lebih banyak untuk masyarakat, selalu dan kerap terjadi, berita terkini mengenai mereka pun hanya diketahui keluarga melalui akhbar.
Acara2 penting banyak yang harus digalas di bahu isteri. Selalunya, kelansungan kehidupan seorang aktivis atau ahli masyarakat ini banyak terletak di bahu pasangan. Bukan mereka tidak sayang pada keluarga, tapi nahu mereka juga mahu membantu orang lain. Jadi tinggal, adalah isteri tulang belakang keluarga.
Saya tidak suka politik. Jujur. Tapi saya tidak pernah gagal keluar mengundi, sebab itu tanggungjawab saya. Cuma siapa yang diundi, RAHSIA.
Tapi bukan pasal politik yang mahu saya kongsi. Mengenai seorang tokoh yang saya cukup kagumi peribadi. Sebagai seorang wanita. Dan isteri. Dan ibu.
Mama selalu bercerita mengenai kawan-kawan. Ada ketika, mama juga pernah bercerita mengenai tokoh ini. Tidak pernah negatif. Hanya yang baik-baik sahaja. Yang saya simpulkan, sangat kuat hati dan tabah, wajah manis dan tampak lembut di luar, tapi sebenarnya sangat gagah dan berprinsip di dalam. Dalam diam, saya mengikut cerita.
Saya melihat tokoh ini, dari kecemerlangan beliau sebagai seorang isteri. Dan banyaknya mama bila bercerita juga, adalah kekaguman mama pada tokoh ini, yang sanggup berjuang hingga habis, berdiri meyokong suami, walau segala macam dugaan datang dan pergi. Setia menggalas tanggungjawab keluarga bagi pihak suami.
Kita tidak boleh faham mereka. Sebab kita tiada dalam kumpulan itu. Memiliki suami seorang aktivis masyarakat, ayah yang masa lebih banyak untuk masyarakat, selalu dan kerap terjadi, berita terkini mengenai mereka pun hanya diketahui keluarga melalui akhbar.
Acara2 penting banyak yang harus digalas di bahu isteri. Selalunya, kelansungan kehidupan seorang aktivis atau ahli masyarakat ini banyak terletak di bahu pasangan. Bukan mereka tidak sayang pada keluarga, tapi nahu mereka juga mahu membantu orang lain. Jadi tinggal, adalah isteri tulang belakang keluarga.
Berapa ramai antara kita, yang mampu berdiri teguh begitu, di waktu ujian dan dugaan kesusahan dan keperitan datang? Dan berapa ramai yang mampu tersenyum, dan tenang, di saat diri dan keluarga dihentam.
Tak ramai.
Semasa mama ditahan di HKL, saya berkesempatan berjumpa terus tokoh ini. Duduk berbual 1/2 jam, dari mula masuk hingga ke akhir, beliau bercerita gembira, mengenang kisah2 lama bersama mama. Tinggal segala gelaran, tiada Datuk tiada Datin, hanya Wan dan Kak Ros. Mama cukup ceria, gelak ketawa. Dalam keadaan mama lupa banyak perkara di sebabkan dementia yang dialami, mama sangat ingat pada tokoh ini. Tidak ada satu pun kisah sedih yang keluar, hanya kata-kata semangat yang sangat positif untuk mama.
Hanya bila beriringan keluar dari wad, penampilan sebenar dilihat. Mata penuh kisah, mendalam, senyum bertukar riak serius, ayat disusun rapi:
Irina, cakap dengan adik beradik. Bersedialah. Mama sudah lemah betul. Kak Wan cadangkan banyakkan masa bersama mama, panggil adik adik semua duduk sekali jangan tinggalkan.
Angguk kepala. Senyum.
Ye Kak. InsyaAllah kami dah bersedia. Terima kasih buat mama gembira.
Dan itu pertama kali saya betul-betul faham ayat mama dulu:
Wan Azizah tidak akan menangis. Dia hanya akan senyum. Belajar. Dia contoh isteri terbaik.
Terima kasih DSWA. Moga Allah balas syurga.
![]() |
| Series rasa nak pakai Fair & Lovely lepas ni.. tsk tsk. |

No comments:
Post a Comment